ACEH, 11 April – Satu gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter melanda luar pantai Sumatera, mencetuskan panik di kalangan penduduk yang bergegas keluar dari kediaman masing-masing bimbang tsunami pada 2004 berulang.
Presiden Indonesia, Susilo
Bambang Yudhoyono berkata, tiada kecederaan dan kerosakan harta benda
dilaporkan akibat bencana itu yang berlaku pada kira-kira pukul 4.38 petang
waktu tempatan. “Tidak ada ancaman tsunami, walaupun kita berjaga-jaga,”
katanya pada sidang media.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik
mengeluarkan amaran tsunami di kawasan sekitar Lautan Hindi, namun memaklumkan
ancaman itu telah berkurangan tetapi ia masih dikuatkuasakan. Bagaimanapun,
Pusat Amaran Tsunami Pasifik itu kemudiannya menarik balik amaran tsunami di
Lautan Hindi tidak lama kemudian.
‘‘Ia (gempa) tidak membawa
tsunami yang besar. Namun, kita masih memantau keadaan itu kerana tsunami
terbentuk menerusi ombak,’’ kata seorang Geofizik, Victor Sardina yang beribu
pejabat di Hawaii.
Satu lagi gempa kuat 8.8
skala Richter dilaporkan berlaku di daerah Simeulue, Aceh kira-kira pukul 5.43
petang ini (6.45 waktu Malaysia). Ia merupakan gempa susulan kejadian pertama
yang berlaku pukul 3.38 petang di daerah yang sama. Sebelum itu, gempa susulan
dengan kekuatan 6.5 skala Richter turut berlaku pada pukul 4.28 petang.
Di Thailand, tsunami kecil
berukuran 10 sentimeter melanda kawasan Koh Miang dekat Phang Nga. Indonesia,
Thailand, Malaysia, Sri Lanka dan India yang pernah terjejas akibat tsunami ekoran
gempa bumi kuat berukuran 9.1 pada skala Richter pada 2004 kemudiannya
bertindak mengeluarkan amaran tsunami sejurus gempa berlaku.
Gegaran turut dirasai di
beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak. Gegaran dirasai
kira-kira pukul 4.50 petang. Walaubagaimanapun, amaran Tsunami yang dikeluarkan
bagi negeri Perlis, Kedah termasuk Langkawi, Pulau Pinang dan Perak telah
ditarik balik pada pukul 10 malam, kata Jabatan Mateorologi Malaysia (JMM).
-Utusan Malaysia, 11 dan 12
April 2012-
PMRAM cawangan Johor, Badan
Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) prihatin terhadap kejadian
gempa yang berlaku di luar pantai Sumatera. Kami berdoa agar penduduk-penduduk
Aceh dan kawasan sekitarnya terselamat dari bencana-bencana yang tidak diingini
terus berlaku. Semoga tanah air kita, Malaysia dan Negara-negara lain yang
turut merasai gegaran sentiasa mendapat perlindungan dan rahmat Allah.
Walaupun kejadian Tsunami besar
tidak berlaku, tetapi ingatlah bahawa bencana alam seperti gempa bumi yang berlaku juga merupakan salah
satu tanda kiamat hampir berlaku.
عن أبي هريرة أن النبي صلى الله عليه و سلم قال: (لا تقوم الساعة حتى يقبض
العلم و تكثر الزلزال و يتقارب الزمان و تظهر الفتن و يكثر الحرج و حتى
يكون فيكم المال فيفيض) رواه البخاري
Disediakan oleh:
Unit Kebajikan dan Tabung
Derma, Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir 2011/2012