Selasa, 25 Ogos 2015

Menyoroti Biografi Al Allamah Syeikh Ramadhan Al Buthi



Umat Islam telah kehilangan ulama terbaik masa kini Al'alim Al`Allamah Asy Syaikh Said Ramadlan Al Buthi rahimahullahuta'ala ketika beliau mengisi Ta’lim di Masjid Al Iman di Kota Damsyiq, Syria, selepas maghrib Khamis, 21 Mac 2013. Beliau Syaikh Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buthi adalah salah seorang tokoh ulama dunia yang menjadi sumber rujukan masalah-masalah keagamaan.
Siapakah tokoh ulama kontemporer yang begitu alim ini? Sa’id Ramadhan Al-Buthi lahir pada tahun 1929 di Desa Jilka, Pulau Buthan (Ibn Umar), sebuah kampung yang terletak di bagian utara perbatasan antara Turki dan Iraq. Beliau  berasal dari suku Kurdi, yang hidup dalam tekanan kekuasaan Arab Iraq selama berabad-abad.
Bersama ayahnya, Syaikh Mula Ramadhan, dan anggota keluarganya yang lain, Al-Buthi berhijrah ke Damsyiq pada ketika umurnya memasuki empat tahun. Ayahnya merupakan figure yang amat dikaguminya.

Dari Damsyiq ke Kaherah 

Sa’id Ramadhan Al-Buthi muda menyelesaikan pendidikan menengahnya di Institut At-Tawjih Al-Islami di Damsyiq. Kemudian pada tahun 1953 ia meninggalkan Damsyiq untuk menuju Mesir demi melanjutkan studinya di Universiti Al-Azhar. Dalam tempoh dua tahun, beliau berhasil menyelesaikan pendidikan sarjana S1 di bidang syari’ah. Pada tahun berikutnya di Universiti yang sama, ia mengambil kuliah di Fakulti Bahasa Arab hingga lulus dalam waktu yang cukup singkat dengan sangat memuaskan dan mendapat izin mengajar bahasa Arab.

Kemahiran Al-Buthi dalam bahasa Arab tak diragukan. Sekalipun bahasa ini adalah bahasa ibu orang- orang Arab seperti dirinya, sebagaimana bahasa-bahasa terkemuka dalam khazanah peradaban dunia, ada orang-orang yang memang dikenal kepakarannya dalam bidang bahasa, dan Al-Buthi adalah salah satunya yang menguasai bahasa ibunya tersebut. Di samping itu, kecenderungan kepada bahasa dan budaya membuatnya senang untuk menekuni bahasa selain bahasa Arab, seperti bahasa Turki, Kurdi, bahkan bahasa Inggeris.

Lulusnya dari Al-Azhar, Al-Buthi kembali ke Damsyiq. Ia diminta untuk membantu mengajar di Fakulti Syari’ah pada tahun 1960, hingga berturut-turut menduduki jabatan pentadbiran, bermula dari pengajar tetap, menjadi wakil dekan, hingga menjadi dekan di fakulti tersebut pada tahun 1960.
Lantaran keluasan pengetahuannya, beliau diberi kepercayaan untuk memimpin sebuah lembaga penyelidikan theologi dan agama-agama di Universiti yang berpusat di Timur Tengah itu.
Tak lama kemudian, Al-Buthi dipilih pimpinan rektorat kampusnya untuk melanjutkan program doktoral bidang usul syari’ah di Al-Azhar hingga lulus dan berhak mendapatkan gelaran doktor di bidang ilmu- ilmu syari’ah.

Pandangan Ilmiah al-Buthi  

Beliau adalah seorang ulama Ahlussunnah Waljama'ah, bermadzhab Syafi'i dalam bidang Fiqh dan bermanhaj Asy'ari dalam bidang Tauhid, beliau juga sangat gigih meluruskan pelbagai kesesatan dan ajaran sesat. Hal ini dapat dilihat dari kitab-kitab beliau dalam meluruskan kesesatan Salafi Wahabi, diantaranya adalah kitab  السلفية مرحلة زمنية مباركة لا مذهب إسلامي dan  اللامذهبية أخطر بدعة تهدد الشريعة الإسلامية

Wafat al-Buthi  

Walaupun di usia yang semakin senja, Syaikh Al-Buthi masih tetap menulis, samada melalui websitenya yang sendiri mahupun beberapa media massa dan elektronik lainnya. Betapa besar harapan umat ini, khususnya kalangan Ahlussunnah wal Jama’ah, menanti karya-karyanya yang lain terlahir, untuk memenuhi dahaga ilmu yang tak pernah habis-habisnya
Umat Islam telah kehilangan ulama terbaik masa kini Al'alim Al`Allamah Asy Syaikh Said Ramadlan Al Buthi rahimahullahuta'ala ketika beliau mengisi Ta’lim di Masjid Al Iman di Kota Damsyiq, Syria, selepas maghrib Khamis, 21 Mac 2013. Beliau wafat pada usia 84 tahun, dan disolatkan pada 23 Mac 2013 di Masjid Umayyah oleh ribuan Jemaah Iran, Lebanon, dan Jordan. Beliau dimakamkan disamping makam Sultan Salahuddin al Ayyubi. Wafat beliau adalah duka bagi seluruh kaum muslimin.
 
Disediakan oleh : Unit Dakwah dan Tarbiah BKPJM 2014/2015 

Isnin, 17 Ogos 2015

Wabak ketika melaksanakan dakwah



Wabak ketika melaksanakan dakwah
Isti’jal(gopoh/tergesa-gesa) adalah wabak atau penyakit yang sering kali timbul dikalangan mereka yang bergerak dalam menyebarkan dakwah islam. Wabak  ini perlu dibanteras dan diawasi. Dan kali ini kami akan menerangkan sedikit sebanyak berkaitan wabak tersebut. Seperti firman Allah S.W.T :
Dan kalau Allah menyegerakan bagi manusia azab sengsara yang mereka minta disegerakan, sebagaimana mereka minta disegerakan nikmat kesenangan, nescaya binasalah mereka dan selesailah ajal mereka. Oleh itu, (Kami tidak menyegerakan azab yang dimintanya), Kami biarkan orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami itu meraba-raba dalam kesesatannya.
( Yunus : 11)
Isti’jal dari sudut dakwah :
Isti’jal adalah keinginan untuk merubah realiti kehidupan masa kini dengan sekelip mata atau kurang dari sekelip mata tanpa menilai kesan buruk yang akan berlaku pada masa akan datang dan tidak memahami waqi’ (suasana persekitaran) yang melingkungi mereka. Mereka juga tidak menyediakan sebarang persiapan awal atau pendekatan dan method yang sesuai.

Pembahagian Isti’jal di dalam islam :
1)               Isti’jal yang dipuji
Apa saja yang lahir dari penilaian yang terperinci tentang kesan dan akibat yang akan terjadi, disamping mengenalpasti waqi’ (suasana) dan keadaan. Dan juga membuat persediaan terbaik dan penyusunan yang rapi. Seperti firman Allah berkenaan cerita Nabi Musa a.s.
Dan apakah yang menyebabkan engkau segera datang ke mari lebih dahulu dari kaum engkau wahai Musa?. Nabi Musa menjawab: "Mereka itu ada mengiringi daku tidak jauh dari sini; dan aku segera datang kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Engkau redha akan daku".
(Thaha : 83 - 84)

2)               Isti’jal yang dicela
Tindakan yang timbul dari perasaan hati yang meluap-luap tanpa menilai tentang akibat yang akan ditanggung, dan tidak mengenalpasti waqi’ (suasana) dan keadaan, Dan tiada persediaan dan penyusunan yang rapi. Seperti yang diceritakan didalam hadis.
Dari Abi Abdillah Khabbab bin Al Arat Rha. telah berkata : Kami telah mengadu kepada Rasulullah saw sedang baginda berbaring di bawah lembayung Kaabah berbantalkan selindangnya. Lantas kami berkata : Apakah tidak Engkau memohon kemenangan
( pertolongan ) bagi pihak kita? Apakah tidak Engkau berdoa bagi ( kejayaan ) kita?

Lalu Nabi saw menjawab : Sesungguhnya terdapat pejuang sebelum kamu yang ditangkap lalu digali lubang dan ditanam separuh badan, kemudian dibawa datang gergaji lalu diletakkan di atas kepalanya maka dibelah sehingga terbelah dua dan ia disikat dengan sikat besi sehingga meluruhkan daging dan tulangnya namun ( penyiksaan itu ) tidak memalingkan ia dari agamanya.

Demi Allah! Pasti sahaja Allah swt akan menyempurnakan agamaNya sehingga seseorang yang berkenderaan dari Sana'a ke Hadhramaut tidak lagi takut melainkan hanya kepada Allah swt. Dan juga tidak takut akan Serigala yang mengancam kambingnya. Namun begitu.... kamu terlalu gopoh !

(Hadis Riwayat Bukhari)

Diantara kesan isti’jal
1)               Futur (terhenti/melengah-lengah). Sedangkan Allah lebih menyukai hambanya melakukan perkara yang sedikit tetapi istiqomah(berterusan) berbanding daripada melakukan perkara yang banyak yang tidak istiqomah (berterusan).
Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya : “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”
(Hadis Riwayatkan Bukhari dan Muslim)

Kadang-kadang ia boleh membuatkan seseorang itu terkorban dengan cara yang tidak terhormat tanpa meninggalkan sebarang pulangan dan hasil. Dan di akhirat kelak ia akan dipertanggungjawab dan dicela didepan Allah. . Firman Allah s.w.t :
(Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu didalam kekuasan Allah.
(al-infitar : 19)

Faktor-faktor  isti’jal
1)               Runtunan nafsu
Kadang-kadang isti’jal berlaku kerana keinginan atau dorongan nafsu yang membuak-buak yang berakar umbi didalam diri manusia.  Firman Allah s.w.t :
Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halya.
(al-Anbiya’ :37 )

2)               Bersemangat dan iman yang membara
Ia merupakan perkara yang baik, akan tetapi jika tidak diarah dan dikawal dengan baik maka ia akan mendorong seseorang itu melakukan perkara yang lebih banyak mudarat berbanding manfaat. . Firman Allah s.w.t :
Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.

3)               Tidak memahami strategi musuh
Musuh-musuh islam sebenarnya mempunyai pelbagai strategi kotor yang mereka rangka dalam menguasai masyarakat islam. Dan diantara strategi atau tipu daya yang kebal yang mereka senantiasa gunakan adalah apabila mereka bersama islam, mereka akan mengakui diri mereka islam serta menyembunyikan sifat hasad dan aqidah sesat  yang mereka anuti. Firman Allah s.w.t :
Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".
4)               Lupa matlamat dan tujuan seorang muslim
Matlamat utama yang ingin dicapai setiap individu muslim adalah mardatillah (keredhaan Allah). Perkara ini hanya akan terlaksana melalui perantaraan pengiltizaman kepada manhaj yang ditentukan Allah tanpa sebarang pengabaian dan terus konsisten terhadap manhaj tesebut. Firman Allah s.w.t :
sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

5)               Bergaul dan mendampingi golongan yang gopoh dan tidak berhati-hati
Ini disebabkan tabiat manusia yang terikut dengan gaya rakannya dan tidak cermat dalam memilih kawan. Kerana kawan juga merupakan faktor yang dapat mengubah pemikiran seseorang.
Cara mengatasi isti’jal
1)               Merenung dan mengamati kesan yang akan terhasil dari perlakuan isti’jal
Cara ini adalah cara yang terbaik yang dapat menghasilkan ketenangan jiwa dan memudakan perlaksanaan dakwah, dan ianya membawa kepada sifat berhati-hati.
2)               Sentiasa merujuk al-quran dan sunnah nabi s.a.w
Cara demikian akan membawa kita kepada penilaian method dakwah  dan ibrah yang terkandung didalamnya yang telah berlaku kepada para anbiya’ terdahulu. Dan ianya akan membuatkan kita lebih matang dan bersistematik didalam mengemudi bahtera dakwah. Firman Allah s.w.t :
Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang betul (agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
3)               Melakukan sesuatu tindakan didalam pemerhatian dan pengawasan golongan yang berpengalaman didalam medan dakwah
Ia akan membuatkan kita lebih cermat dalam mengorak langkah. Disamping itu, kita akan dirangsangkan dengan motivasi dan taujihat berganda yang mampu membuatkan kita lebih teratur dalam pelaksanaan dakwah.
4)               Memahami dan meneliti setiap pendekatan musuh dengan rapi
Cara ini akan membantu para pengerak begitu mudah menilai natijah dan risiko yang akan berlaku, seterusnya mereka akan cermat dan berjaga-jaga dalam melakukan tindakan yang telah dirancang.
“Tidaklah seorang mukmin tersengat dari satu lubang sebanyak dua kali.”
(HR. Al-Bukhari dan Muslim )

5)                              Sentiasa bermujahadah dan berlatih agar diri sentiasa tenang dan berwaspada.
Sesungguhnya sifat tenang itu ianya hanya terhasil setelah kita berusaha mengawal diri kita. Dan sifat berjaga-jaga serta sabar adalah sifat yang utama yang wajib ada didalam setiap individu pengerak islam.

Kita selaku pendakwah yang bergerak melaksanakan tuntutan syariat mestilah berhati-hati dalam melaksanakan dakwah dan menjauhi perbuatan gopoh-gapah atau tergesa-gesa.

Rujukan : Kitab Afat ala Toriq (Dr Al-Sayed Muhammad Noh)



Selasa, 5 Mei 2015

HATI : Cerminan Peribadi Seorang Muslim



 Hubungan diantara akal dan hati adalah amat rapat, sehingga dalam al-Quran dan hadis dinyatakan bahawa hati ibarat lombong atau mata air kepada akal dan ilmu.Menurut Imam Al-Ghazali, hati itu ibarat cermin. Apabila terang cerminnya, maka akan teranglah segala maklumat atau ilmu pengetahuan yang diterima.

EMPAT PERKARA YANG MENGGELAPKAN HATI:
  • Ø  Perut kenyang.
  • Ø  Berkahwin dengan orang yang melakukan aniaya.
  • Ø  Melupakan dosa-dosa lalu tanpa rasa insaf.
  • Ø  Panjang angan-angan.

 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBUKA HATI YANG TERTUTUP:

·         Mengutamakan mujahadah iaitu berjuang melawan kehendak nafsu yang menyeleweng dari jalan Allah. Allah S.W.T berfirman, maksudnya : “ Dan orang yang berjuang untuk (mencari keredhaan ) Kami, sesungguhnya Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami” surah al-Ankabut: 69

·         Menghapuskan semua sifat-sifat mazmumah iaitu sifat peribadi yang tercela.

·         Menjauhi maksiat dan meninggalkan perkara-perkara yang melalaikan daripada mengingati Allah.

·        Banyak bertawakal kepada Allah.

·         Zuhud atau meninggalkan kecintaan kepada keduniaan yang melampau atau perkara yang melalaikan.

·         Berusaha menjauhi tuntutan syaitan laknatullah.

·         Ikhlas kepada Allah kerana dengan keikhlasan itu hati akan suci dan bersih lalu dipenuhi nur.

·         Membaca al-Quran, merujuk kepada al-Quran dan hadis serta mengamalkan ilmu yang dipelajari.



Disediakan oleh: 
Unit Research & Development| Unit Pengetahuan dan Bimbingan BKPJM 14/15

Ahad, 26 April 2015

AKHLAK PEJUANG AGAMA ALLAH S.W.T



TERDAPAT LIMA AKHLAK PEJUANG AGAMA ALLAH:

1.WALA’ iaitu wala’ seorang pejuang agama Allah hanyalah wala’ kepada Allah, Rasul-Nya dan orang-orang beriman. Jangan memberi wala’ kepada orang kafir, orang munafik dan orang fasik. Allah berfirman : “Apakah kamu mengira kamu akan di biarkan begitu saja, sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman selain Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (At-Taubah : 16)

2.MAHABBAH ataupun kecintaan yang perlu ada pada setiap diri pejuang agama Allah. Cinta yang di maksudkan bukan cinta pada kekasih tetapi cinta hanya kepada Allah s.w.t itulah cinta yang hakiki. Cara untuk menyuburkan cinta kepada-Nya sebagai contoh, sentiasa berzikir, meneladani sunnah Rasulullah s.a.w, menginfaqkan harta ke jalan Allah dan sebagainya. Bukan itu sahaja malah, ketaqwaan seseorang juga adalah penentu pejuang itu semakin jauh dari Allah ataupun tidak. Allah befirman : “Dan di antara  manusia ada orang-orang yang menjadikan selain Allah sebagai tandingan-tandingan (untuk disembah) ; mereka mencintai tandingan-tandingan itu sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman, mereka lebih sangat cinta kepada Allah. Dan seandainya mereka orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu (hanyalah) kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah adalah amat berat siksaan-Nya, nescaya mereka menyesal.” (Al-Baqarah : 165)

3.Akhlaq ketiga adalah BERSIKAP LEMAH LEMBUT TERHADAP ORANG-ORANG MUKMIN. Berkasih sayang sesama mukmin yang lain adalah dengan menolong mereka andai memerlukan pertolongan, jangan saling bergaduh, hormati hak sesama mukmin dengan tidak menyakiti mereka agar mereka sentiasa merasa senang dengan kita.

4.Akhlaq yang keempat adalah BERSIKAP KERAS TERHADAP ORANG-ORANG KAFIR. Terdapat beberapa jenis orang kafir iaitu kafir harbi yang harus untuk kita perangi dan kafir zimmi mereka harus membayar jizyah atau cukai perlindungan di daerah Islam. Kita perlu bersikap lebih tegas mempertahankan hukum syariat bagi terlaksana di daerah Islam tersebut.

5.BERJIHAD DI JALAN ALLAH tanpa merasa gentar akan celaan orang yang mencela.  Sebagai pejuang agama Allah tidak perlu takut untuk menghadapi segala tohmahan, cacian serta celaan dari mereka yang hendak menentang islam. Firman Allah s.w.t : “ Di antara orang-orang mukmin itu ada orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepad Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur  dan di antara mereka ada pula yang menunggu janji Allah kepadanya dan mereka juga tidak pula sedikit pun mengubah janjinya.“ (Al-Ahzab : 23)

Kita dapat lihat di dalam kitab suci Allah telah menyatakan ada orang mukmin yang gugur dari jalan-Nya dan ada juga yang masih tetap berada di jalan-Nya. Ayat-ayat Allah telah banyak di bentangkan kepada kita akan ganjaran mereka yang berjihad di jalan-Nya. Kesimpulannya, pejuang agama Allah perlu ada lima akhlaq yang telah di sebutkan. Adakah akhlaq pejuang agama Allah ini ada dalam diri kita? Tepuk dada tanya iman.


Disediakan oleh
Unit Dakwah dan Tarbiah BKPJM 14/15

Rabu, 25 Mac 2015

BAHTERA PENYELAMAT PENDAKWAH MASA KINI

  

BAHTERA PENYELAMAT  PENDAKWAH MASA KINI


Pendakwah merupakan pewaris kerja yang mulia disisi Allah SWT, menyambung risalah dakwah Nabi Muhammad SAW, menyeru manusia menegakkan syariat Allah SWT dimuka bumi ini, sanggup mengorbankan segala harta dan masa untuk mendapat keredaan Allah SWT melalui jalan dakwah, bahkan ramai dikalangan pendakwah telah menemui penciptanya dengan meninggalkan kesan-kesan yang bermakna buat umat manusia.


Justeru itu, pendakwah tidak lepas dari diuji dan menerima tribulasi daripada manusia, dan yang lebih berhak memberi ujian tesebut ialah Allah SWT. Ini adalah kerana bayaran yang sangat mahal dari sang pencipta di akhirat kelak, dan kemanisan iman itu dirasai oleh pendakwah. Mengatakan kita telah beriman, memerlukan dalil. Hal tersebut tidak semudah hanya di lisan, tetapi perlukan amal yang mendorong kebenaran iman tersebut. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Ankabut ayat kedua yang bermaksud : “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata “kami beriman” sedangkan mereka tidak diuji ?”. Maka, ujian dan tribulisasi seorang pendakwah itu sangat banyak dan hebat. Mafhum hadis Nabi SAW : Penyakit umat terdahulu, hasad dan dendam, dendam tersebut ialah umpama pisau cukur yang mencukur agamanya. (Riwayat Baihaqi)

SIFAT-SIFAT  PENDAKWAH YANG BERIMAN :

Peringkat keazaman pendakwah tidak sama seperti manusia biasa, mereka diwajibkan untuk melebihi dengan banyak peringkat  dari manusia biasa.



BAHTERA PENYELAMAT SEORANG PENDAKWAH :
Ketahuilah, bahawasanya pendakwah itu diibaratkan meredah lautan luas, dan mengharungi pelbagai pancaroba dan ombak yang memukul. Maka pendakwah itu memerlukan sebuah bahtera yang kukuh untuk merentasi lautan itu.
*Rujukan : Kitab Qawaribun Najah Fi Hayati Du’at

DISEDIAKAN OLEH :
UNIT DAKWAH DAN TARBIAH
BADAN KEBAJIKAN PELAJAR-PELAJAR JOHOR DI MESIR
SESI 2014/2015