BAHTERA PENYELAMAT
PENDAKWAH MASA KINI
Pendakwah merupakan pewaris kerja yang mulia disisi Allah SWT, menyambung risalah dakwah Nabi Muhammad SAW, menyeru manusia menegakkan syariat Allah SWT dimuka bumi ini, sanggup mengorbankan segala harta dan masa untuk mendapat keredaan Allah SWT melalui jalan dakwah, bahkan ramai dikalangan pendakwah telah menemui penciptanya dengan meninggalkan kesan-kesan yang bermakna buat umat manusia.
Justeru
itu, pendakwah tidak lepas dari diuji dan menerima tribulasi daripada manusia,
dan yang lebih berhak memberi ujian tesebut ialah Allah SWT. Ini adalah kerana
bayaran yang sangat mahal dari sang pencipta di akhirat kelak, dan kemanisan
iman itu dirasai oleh pendakwah. Mengatakan kita telah beriman, memerlukan
dalil. Hal tersebut tidak semudah hanya di lisan, tetapi perlukan amal yang
mendorong kebenaran iman tersebut. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Ankabut
ayat kedua yang bermaksud : “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan
dengan hanya berkata “kami beriman” sedangkan mereka tidak diuji ?”. Maka, ujian
dan tribulisasi seorang pendakwah itu sangat banyak dan hebat. Mafhum hadis Nabi
SAW : Penyakit umat terdahulu, hasad dan dendam, dendam tersebut ialah umpama
pisau cukur yang mencukur agamanya. (Riwayat Baihaqi)
SIFAT-SIFAT PENDAKWAH YANG
BERIMAN :
Peringkat keazaman pendakwah tidak sama seperti manusia biasa, mereka diwajibkan untuk melebihi dengan banyak peringkat dari manusia biasa.
BAHTERA PENYELAMAT SEORANG PENDAKWAH :
Ketahuilah, bahawasanya pendakwah itu diibaratkan meredah lautan luas, dan mengharungi pelbagai pancaroba dan ombak yang memukul. Maka pendakwah itu memerlukan sebuah bahtera yang kukuh untuk merentasi lautan itu.
Ketahuilah, bahawasanya pendakwah itu diibaratkan meredah lautan luas, dan mengharungi pelbagai pancaroba dan ombak yang memukul. Maka pendakwah itu memerlukan sebuah bahtera yang kukuh untuk merentasi lautan itu.
*Rujukan : Kitab Qawaribun Najah Fi Hayati Du’at
DISEDIAKAN OLEH :
UNIT DAKWAH DAN TARBIAH
BADAN KEBAJIKAN PELAJAR-PELAJAR JOHOR DI MESIR
SESI 2014/2015
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan