Rabu, 23 Januari 2013

AQIDAH WASATIYYAH MEMACU UMAT ISLAM KE ARAH UMMAH MITHALI


            
Satu riwayat yang sahih daripada Imam Bukhari RA telah mendatangkan kisah tiga orang sahabat Baginda iaitu Ali Bin Abi Talib, Abdullah bin ‘Amru dan Uthman Bin Mazh’un R.Ahum, menemui para isteri Nabi Muhammad SAW untuk menanyakan bagaimana corak ibadah Baginda di rumah. Setelah mengetahui bagaimana amalan dan istiqomahnya, Baginda mengerjakan amalan itu, mereka lantas merasakan bahawa darjat mereka jauh terlalu  rendah  jika  dibandingkan  dengan  Baginda  Rasulullah SAW dan betapa amalan yang mereka kerjakan sebelum ini masih  tidak mencukupi. Maka masing-masing telah memaksakan diri untuk melakukan ibadah yang ketat dan    penuh displin. Seorang daripada mereka berazam akan bersolat sepanjang malam. Ada pula yang bertekad untuk berpuasa tanpa     berbuka dan ada pula yang membulatkan hati agar tidak   berkahwin. Apabila hal ini diketahui oleh Baginda Nabi SAW, lantas Baginda bersabda yang bermaksud, “ Kaliankah yang telah berkata (bertekad) dengan itu dan ini? Demi Allah!Ketahuilah bahawa sesungguhnya aku adalah orang paling takut dan bertaqwa kepada Allah daripada kalangan kamu. Walaupun begitu,  aku  berpuasa  dan berbuka, aku bersolat dan aku juga tidur dan aku juga berkahwin dengan golongan wanita. Maka siapa yang tidak suak akan sunnahku, dia bukan daripada kalanganku..”
            
Kisah ini member panduan dan peringatan kepada kita bahawa Islam merupakan agama yang menitikberatkan kesederhanaan dalam setiap bentuk ibadah dan tidak pula membebankan umatnya.

TAKRIFAN WASATHIYAH

      Wasathiyah dari sudut istilah mempunyai pelbagai maksud dan wasathiyah dapat disimpulkan sebagai al-i’tidal (kesederhanaan), al-khairiyyah (kebaikan), al-insaf (keadilan) dan ar-rif’ah(ketinggian) dengan sifat-sifat mahmudah yang tidak terlalu berlebihan dan tidak terlalu longgar.
Justeru, wasathiyyah bukanlah bermaksud seseorang itu berada pada tingkatan sederhana dalam ibadah, amalan atau akhlaknya, atau sederhana dalam ilmu mahupu  pekerjaan sehingga menjadi individu yang biasa-biasa atau tidak cemerlang dan tidak terkehadapan, bahkan makna wasathiyyah adalah yang terbaik, paling utama, paling sempurna dan paling adil sesuai dengan ungkapan“ Sebaik-baik perkara ialah pertengahannya ” , bererti yang paling adil.

 Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 143 :
Maksudnya : ‘ Dan demikian Kami jadikan kamu (wahai Umat Muhammad) satu umat pilihan dan adil, supaya kamu menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (atas          perbuatan mereka) dan Rasul (Nabi Muhammad) pula akan menjadi saksi  atas perbuatan kamu ’

KONSEP WASATHIYYAH DALAM AQIDAH

Wasathiyyah dalam beraqidah dapat diertikan dengan suatu manifestasi kesederhanaan dalam keadilan, istiqomah, kebaikan, keamanan, kekuatan dan kesatuan dalam prinsip-prinsip keimanan.
Seterusnya, bagi mencapai hakikat wasathiyyah dalam aqidah, setiap dari umat Islam perlu berpegang kepada langkah-langkah berikut :


1.Berpegang teguh dengan manhaj Al-Quran dan As-Sunnah serta Salafussoleh.

2 Menjauhkan diri daripada perdebatan dan perselisihan dalam perkara-perkara dasar (usuliyyah). Berkata sebahagian ulama’ “ Jauhilah perdebatan (pertengkaran) kerana ia dapat menghakis agama ”

3, Sentiasa memerhati impak juga kesan Aqidah Islamiyyah di dalam diri dengan menilai tahap ketinggian imannya melalui perbuatan, ucapan atau perilaku yang terhasil dari batin  (tempat iman). Sekiranya ia menunjuk kepada ijabi (positif ) maka bersyukur adalah yang selayaknya, adapun jika ia menunjukkan kepada salbi ( negatif ) maka kepada Allah harus   diletakkan segala pergantungan

4.Berpegang dengan dua dalil iaitu dalil Naqli dan dalil ‘Aqli. Kedua-dua dalil ini haruslah bertemu pada kesepakatan dan tidak berlaku pertentangan yang menghilangkan atau mengurangkan nilai dalil-dalil itu. Dalil ‘aqli itu  juga disifatkan  sebagai penerang manakala dalil naqli hadir memberi dan meletakkan hukum.

5.Menguatkan hubungan antara manusia dan al-Kholiq (Allah SWT) sehingga mencapai Ma’rifahtullah Haqiqiyyah ( mengenal Allah sebenar-benar kenal ).

6.Saling menyempurnakan aqidah. Maka, wajib bagi umat Islam untuk tidak menjadikan   akidah itu berbahagian (terpisah-pisah) atau tidak sempurna. Firman Allah SWT dalam Surah     Al-Hijr ayat 90  yang membawa maksud “ Sebagaimana telah Kami beri peringatan dan menurunkan ‘azab kepada orang-orang yang membahagi-bahagi kitab Allah ( menerima sebahagian isi dan menolak sebahagian yang lain )”.

7. Menjauhkan diri dari perbuatan mengkafirkan sesama muslim. Malah, Islam adalah agama yang meraikan kasih sayang dan sikap toleransi dalam perbezaan pendapat. 

AQIDAH WASATHIYYAH BERSESUAIAN DENGAN FITRAH MANUSIA.

         Aqidah Islam merupakan aqidah fitrah. Ia merupakan aqidah yang jelas, benar, adil, istiqomah( berusaha ) juga kederhanaan. Ia jauh daripada sebarang keraguan, kekurangan dan bebas daripada sebarang teori atau kefahaman fantasi seperti Konsep Tajsim, Hulul dan  sebagainya.

Secara teori dan praktikal, Islam terbukti sebagai sebuah agama yang sempurna dan mempunyai ketepatan panduan yang menyentuh segala aspek kehidupan manusia secara lahiriah atau batiniah (penjagaan hati dan jiwa).Adapun agama Yahudi dan Nasrani, maka ia jelas menunjukkan dasar aqidah mereka mengalami pertentangan yang hebat antara Kitab muqaddasah ( kitab suci ) dan cara hidup mereka.
          
         Justeru, hanya keimanan kepada Allah SWT dan Rasul-Nya bersesuaian dengan fitrah manusia, dan keimanan yang terbaik bagi umat Islam adalah Iman Wasathiyyah. 

Wallahua'lam.

Disediakan oleh,
Unit Tafaquh & Thaqafah,
Unit Pengetahuan dan Bimbingan BKJPM 2012/2013.

Ahad, 20 Januari 2013

10 RAHSIA SUSU





Dewasa ini ,ramai yang mengabaikan kepentingan susu yang mengandungi banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Sabda nabi Muhammad saw:

العقل السليم في جسم السليم

Tubuh badan yang sihat dapat menjana akal yang sihat.Ini juga bersesuaian bagi kita sebagai penuntut ilmu di bumi Kinanah ini.

Terdapat  10 rahsia di dalam  susu yang dapat membantu tubuh badan menjadi sentiasa cergas dan sihat.  Sehubungan itu, tubuh yang sihat, membantu  dalam melicinkan gerak kerja Islam dengan lancar. Antara rahsia dan kelebihan susu adalah :

1.  Mengelakkan osteoporosis (kerapuhan tulang), hipertensi (tekanan darah tinggi) dan kanserkolon (kanser usus pencernaan). 

2. Boleh melindungi dari kerosakan gigi dan masalah kaviti.

3.  Lemak susu tidak memberi apa-apa kesan kepada kegemukan sebaliknya dapat menjadikan badan lebih langsing daripada mereka yang tidak mengambilnya

4. Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Minum segelas susu apabila mengalami pedih ulu hati boleh menenangkan paip makanan dari keradangan. Minum susu yang tetap akan dapat mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain.

5. Pengamalan meminum susu dapat menghasilkan kekuatan pada tulang, gigi, kuku, rambut kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel.

6. Susu boleh menjadi pembuka yang baik untuk perut terutama jika lewat makan. Meminum susu juga boleh bertindak sebagai peransang awal sebelum makan.

7. Meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot-otot tegang supaya dapat tidur dengan cepat.

8. Minum susu boleh menyejukkan badan dan mengekalkan tahap air atau cecair dalam badan kita.


9. Susu penuh dengan nutrien. Badan kita memerlukan nutrien untuk beroperasi dengan betul. Ia mengandungi vitamin (untuk sel darah merah), kalsium (untuk tulang yang kuat), karbohidrat (tenaga), magnesium (untuk kelentur otot), fosforus (untuk mengambil kesempatan tenaga), kalium (baik untuk sistem saraf), protein (untuk proses penyembuhan dan pertumbuhan), riboflavin (untuk kulit sihat dan berseri), zink (untuk meningkatkan system imunisasi).

10. Susu juga mampu mengurangkan gejala *PMS (Pre-Menstrual Syndrome)  dengan cepat kerana ia merupakan pelega atau penenang tekanan yang hebat dan juga meningkatkan tahap tenaga dalam badan kita.

*PMS (Pre-Menstrual Syndrome) : PMS bukan senggugut. PMS ialah tanda-tanda yang dirasai oleh wanita sebelum kitaran tiba. Senggugut pula ialah permasalahan yang dihadapi ketika sedang menghadapi menstruasi terutama pada 3 hari pertama.

 Disediakan oleh :
 Unit Kebajikan Dan Tabung Derma
 Badan Kebajikan Pelajar - pelajar Johor Di Mesir 2012/2013.