Dewasa ini ,ramai yang mengabaikan kepentingan susu
yang mengandungi banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Sabda nabi Muhammad saw:
العقل السليم في جسم السليم
Tubuh
badan yang sihat dapat menjana akal yang sihat.Ini juga bersesuaian bagi kita sebagai
penuntut ilmu di bumi Kinanah ini.
Terdapat 10 rahsia di dalam susu yang dapat membantu tubuh badan menjadi sentiasa cergas dan sihat. Sehubungan itu, tubuh yang sihat, membantu dalam melicinkan gerak kerja Islam dengan lancar. Antara rahsia dan kelebihan susu adalah :
Terdapat 10 rahsia di dalam susu yang dapat membantu tubuh badan menjadi sentiasa cergas dan sihat. Sehubungan itu, tubuh yang sihat, membantu dalam melicinkan gerak kerja Islam dengan lancar. Antara rahsia dan kelebihan susu adalah :
1. Mengelakkan osteoporosis
(kerapuhan tulang), hipertensi (tekanan darah tinggi) dan kanserkolon (kanser
usus pencernaan).
2. Boleh melindungi dari kerosakan gigi dan masalah
kaviti.
3. Lemak susu tidak memberi apa-apa kesan kepada
kegemukan sebaliknya dapat menjadikan badan lebih langsing daripada mereka yang
tidak mengambilnya
4. Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Minum
segelas susu apabila mengalami pedih ulu hati boleh menenangkan paip makanan dari
keradangan. Minum susu yang tetap akan dapat mencegah ulser perut dan masalah perut
yang lain.
5. Pengamalan meminum susu dapat menghasilkan kekuatan pada tulang, gigi, kuku,
rambut kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel.
6. Susu boleh menjadi pembuka yang baik untuk perut
terutama jika lewat makan. Meminum susu juga boleh bertindak sebagai peransang
awal sebelum makan.
7. Meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat
menenangkan saraf dan melonggarkan otot-otot tegang supaya dapat tidur dengan cepat.
8. Minum susu boleh menyejukkan badan dan mengekalkan
tahap air atau cecair dalam badan kita.
9. Susu penuh dengan nutrien. Badan kita memerlukan nutrien untuk beroperasi
dengan betul. Ia mengandungi vitamin (untuk sel darah merah), kalsium (untuk tulang
yang kuat), karbohidrat (tenaga), magnesium (untuk kelentur otot), fosforus
(untuk mengambil kesempatan tenaga), kalium (baik untuk sistem saraf), protein
(untuk proses penyembuhan dan pertumbuhan), riboflavin (untuk kulit sihat dan
berseri), zink (untuk meningkatkan system imunisasi).
10. Susu juga mampu mengurangkan gejala *PMS
(Pre-Menstrual Syndrome) dengan
cepat kerana ia merupakan pelega atau penenang tekanan yang hebat dan juga
meningkatkan tahap tenaga dalam badan kita.
*PMS (Pre-Menstrual Syndrome) : PMS bukan
senggugut. PMS ialah tanda-tanda yang dirasai oleh wanita sebelum kitaran tiba.
Senggugut pula ialah permasalahan yang dihadapi ketika sedang menghadapi
menstruasi terutama pada 3 hari pertama.
Unit
Kebajikan Dan Tabung Derma
Badan Kebajikan Pelajar - pelajar Johor Di Mesir
2012/2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan