Wabak ketika melaksanakan dakwah
Isti’jal(gopoh/tergesa-gesa)
adalah wabak atau penyakit yang sering kali timbul dikalangan mereka yang
bergerak dalam menyebarkan dakwah islam. Wabak
ini perlu dibanteras dan diawasi. Dan kali ini kami akan menerangkan sedikit
sebanyak berkaitan wabak tersebut. Seperti firman Allah S.W.T :
Dan kalau Allah menyegerakan bagi manusia azab
sengsara yang mereka minta disegerakan, sebagaimana mereka minta disegerakan
nikmat kesenangan, nescaya binasalah mereka dan selesailah ajal mereka. Oleh
itu, (Kami tidak menyegerakan azab yang dimintanya), Kami biarkan orang-orang
yang tidak menaruh ingatan menemui Kami itu meraba-raba dalam kesesatannya.
( Yunus : 11)
Isti’jal dari sudut dakwah :
Isti’jal adalah
keinginan untuk merubah realiti kehidupan masa kini dengan sekelip mata atau
kurang dari sekelip mata tanpa menilai kesan buruk yang akan berlaku pada masa
akan datang dan tidak memahami waqi’ (suasana persekitaran) yang
melingkungi mereka. Mereka juga tidak menyediakan sebarang persiapan awal atau pendekatan
dan method yang sesuai.
Pembahagian Isti’jal di dalam islam
:
1)
Isti’jal yang dipuji
Apa saja yang lahir dari penilaian yang terperinci tentang kesan dan
akibat yang akan terjadi, disamping mengenalpasti waqi’ (suasana) dan keadaan.
Dan juga membuat persediaan terbaik dan penyusunan yang rapi. Seperti firman
Allah berkenaan cerita Nabi Musa a.s.
Dan apakah yang menyebabkan engkau segera datang ke
mari lebih dahulu dari kaum engkau wahai Musa?. Nabi Musa menjawab:
"Mereka itu ada mengiringi daku tidak jauh dari sini; dan aku segera
datang kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Engkau redha akan daku".
(Thaha : 83 - 84)
2)
Isti’jal yang dicela
Tindakan yang timbul dari perasaan hati yang meluap-luap tanpa menilai
tentang akibat yang akan ditanggung, dan tidak mengenalpasti waqi’
(suasana) dan keadaan, Dan tiada persediaan dan penyusunan yang rapi. Seperti
yang diceritakan didalam hadis.
Dari Abi Abdillah Khabbab bin Al Arat Rha. telah berkata : Kami telah
mengadu kepada Rasulullah saw sedang baginda berbaring di bawah lembayung
Kaabah berbantalkan selindangnya. Lantas kami berkata : Apakah tidak Engkau
memohon kemenangan
( pertolongan ) bagi pihak kita? Apakah tidak Engkau berdoa bagi (
kejayaan ) kita?
Lalu Nabi saw menjawab : Sesungguhnya terdapat
pejuang sebelum kamu yang ditangkap lalu digali lubang dan ditanam separuh
badan, kemudian dibawa datang gergaji lalu diletakkan di atas kepalanya maka
dibelah sehingga terbelah dua dan ia disikat dengan sikat besi sehingga
meluruhkan daging dan tulangnya namun ( penyiksaan itu ) tidak memalingkan ia
dari agamanya.
Demi Allah! Pasti sahaja Allah swt akan
menyempurnakan agamaNya sehingga seseorang yang berkenderaan dari Sana'a ke
Hadhramaut tidak lagi takut melainkan hanya kepada Allah swt. Dan juga tidak
takut akan Serigala yang mengancam kambingnya. Namun begitu.... kamu terlalu gopoh !
(Hadis Riwayat
Bukhari)
Diantara kesan isti’jal
1)
Futur (terhenti/melengah-lengah). Sedangkan Allah lebih menyukai hambanya
melakukan perkara yang sedikit tetapi istiqomah(berterusan) berbanding
daripada melakukan perkara yang banyak yang tidak istiqomah
(berterusan).
Rasulullah SAW telah bersabda
maksudnya : “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus
(istiqamah) walaupun sedikit.”
(Hadis Riwayatkan Bukhari dan Muslim)
Kadang-kadang ia boleh membuatkan seseorang itu terkorban dengan cara
yang tidak terhormat tanpa meninggalkan sebarang pulangan dan hasil. Dan di
akhirat kelak ia akan dipertanggungjawab dan dicela didepan Allah. . Firman
Allah s.w.t :
(Hari itu ialah) hari seseorang
tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala
urusan pada hari itu didalam kekuasan Allah.
(al-infitar : 19)
Faktor-faktor isti’jal
1)
Runtunan
nafsu
Kadang-kadang isti’jal berlaku kerana keinginan atau dorongan nafsu yang
membuak-buak yang berakar umbi didalam diri manusia. Firman Allah s.w.t :
Jenis
manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halya.
(al-Anbiya’ :37 )
2)
Bersemangat
dan iman yang membara
Ia merupakan perkara yang baik, akan tetapi jika tidak diarah dan
dikawal dengan baik maka ia akan mendorong seseorang itu melakukan perkara yang
lebih banyak mudarat berbanding manfaat. . Firman Allah s.w.t :
Dan
bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan
jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.
3)
Tidak
memahami strategi musuh
Musuh-musuh islam sebenarnya mempunyai pelbagai strategi kotor yang
mereka rangka dalam menguasai masyarakat islam. Dan diantara strategi atau tipu
daya yang kebal yang mereka senantiasa gunakan adalah apabila mereka bersama
islam, mereka akan mengakui diri mereka islam serta menyembunyikan sifat hasad
dan aqidah sesat yang mereka anuti.
Firman Allah s.w.t :
Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang
beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan apabila mereka
kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya
kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan
orang-orang yang beriman)".
4)
Lupa
matlamat dan tujuan seorang muslim
Matlamat utama yang ingin dicapai setiap individu muslim adalah mardatillah
(keredhaan Allah). Perkara ini hanya akan terlaksana melalui perantaraan
pengiltizaman kepada manhaj yang ditentukan Allah tanpa sebarang pengabaian dan
terus konsisten terhadap manhaj tesebut. Firman Allah s.w.t :
sesiapa
yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia
mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam
ibadatnya kepada Tuhannya".
5)
Bergaul
dan mendampingi golongan yang gopoh dan tidak berhati-hati
Ini disebabkan tabiat manusia yang terikut dengan gaya rakannya dan
tidak cermat dalam memilih kawan. Kerana kawan juga merupakan faktor yang dapat
mengubah pemikiran seseorang.
Cara mengatasi isti’jal
1)
Merenung
dan mengamati kesan yang akan terhasil dari perlakuan isti’jal
Cara ini adalah cara yang terbaik yang dapat menghasilkan ketenangan
jiwa dan memudakan perlaksanaan dakwah, dan ianya membawa kepada sifat
berhati-hati.
2)
Sentiasa
merujuk al-quran dan sunnah nabi s.a.w
Cara demikian akan membawa kita kepada penilaian method dakwah dan ibrah yang terkandung didalamnya yang
telah berlaku kepada para anbiya’ terdahulu. Dan ianya akan membuatkan kita
lebih matang dan bersistematik didalam mengemudi bahtera dakwah. Firman Allah
s.w.t :
Sesungguhnya
Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang betul (agama Islam), dan memberikan
berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal
soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.
Demi
sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang
baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan
baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak
(dalam masa susah dan senang)
3)
Melakukan
sesuatu tindakan didalam pemerhatian dan pengawasan golongan yang berpengalaman
didalam medan dakwah
Ia akan membuatkan kita lebih cermat dalam mengorak langkah. Disamping
itu, kita akan dirangsangkan dengan motivasi dan taujihat berganda yang
mampu membuatkan kita lebih teratur dalam pelaksanaan dakwah.
4)
Memahami
dan meneliti setiap pendekatan musuh dengan rapi
Cara ini akan membantu para pengerak begitu mudah menilai natijah dan
risiko yang akan berlaku, seterusnya mereka akan cermat dan berjaga-jaga dalam
melakukan tindakan yang telah dirancang.
“Tidaklah seorang mukmin tersengat dari satu lubang
sebanyak dua kali.”
(HR. Al-Bukhari dan Muslim )
5)
Sentiasa
bermujahadah dan berlatih agar diri sentiasa tenang dan berwaspada.
Sesungguhnya sifat tenang itu ianya hanya terhasil setelah kita berusaha
mengawal diri kita. Dan sifat berjaga-jaga serta sabar adalah sifat yang utama
yang wajib ada didalam setiap individu pengerak islam.
Kita selaku pendakwah yang bergerak melaksanakan tuntutan syariat
mestilah berhati-hati dalam melaksanakan dakwah dan menjauhi perbuatan
gopoh-gapah atau tergesa-gesa.
Rujukan : Kitab Afat ala Toriq (Dr Al-Sayed Muhammad Noh)