Muharram adalah satu dari empat bulan yang disebut
bulan haram di dalam al-Quran. Yang disebut Bulan Haram ialah: Muharram,
Rajab, Dzulqaidah dan Dzulhijjah. Sejak zaman dahulu ( bahkan
zaman jahiliyah ), keempat bulan itu sudah ditetapkan keharamannya kerana ia
adalah bulan yang diharamkan berperang dan pertumpahan darah. Hal ini termaktub
dalam al-Quran diantaranya pada ayat:
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi’ar-syi’ar
Allah, dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram..
[QS Al-Maidah (5) :
2]
Menurut riwayat, ternyata di bulan Muharram
terjadi kejadian-kejadian bersejarah yang berkaitan dengan kisah-kisah para
nabi. Kejadian-kejadian itu antara lain:
·
Taubat Nabi
Adam diterima oleh Allah
·
Nabi Idris
diangkat ke langit
·
Bahtera Nabi
Nuh berlabuh setelah peristiwa banjir
·
Nabi Ibrahim
dilahirkan, diangkat menjadi rasul dan diselamatkan dari api
·
Nabi Ya’qub
dikembalikan penglihatannya
·
Nabi Yusuf
dikeluarkan dari penjara
·
Nabi Musa
diselamatkan dari kejaran Fir’aun dengan melintasi laut merah yang terbelah
·
Nabi Daud
diterima taubatnya oleh Allah
·
Kembalinya
anugerah kerajaan Nabi Sulaiman
·
Nabi Ayyub
diuji dengan penyakit, lalu disembuhkan
·
Nabi Yunus
keluar dari perut ikan
·
Nabi Isa
diselamatkan (di angkat) dari dikejar orang-orang yang ingin menyalibnya
Begitu banyak peristiwa yang berlaku pada bulan
Muharam yang menunjukkan bahawa bulan Muharam ini penuh dengan keberkatan. Pada
bulan Muharam, disitu ada amalan-amalan yang sunat dilakukan. Diantaranya :
Berpuasa:
Ahli kitab seperti yahudi malah menjadikan
tanggal 10 muharram (Hari Asyura) sebagai hari kemuliaan dan kebesaran, dan mereka berpuasa sebagai tanda mengingati
kisah Nabi Musa selamat dari kezaliman Firaun. Di dalam perkara ini, oleh
kerana golongan Yahudi berpuasa pada 10 Muharam, ada hadis nabi yang menyatakan
sunat berpuasa pada 10 Muharam tetapi mestilah berpuasa pada sehari sebelumnya
atau sehari selepasnya bagi membezakan
daripada amalan orang Yahudi.
Daripada Ibnu Abbas berkata; sabda Nabi SAW : berpuasalah pada hari Asyura dan bezakanlah dengan orang Yahudi, dengan berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya”.
Rasulullah SAW berpuasa pada
hari Asyura dan memerintahkan berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat
berkata: Ya Rasulullah,
sesungguhnya hari itu diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani , maka beliau SAW bersabda: Di tahun depan Insya-Allah kita
akan berpuasa pada tanggal 9. Tetapi sebelum datang tahun depan Rasulullah SAW
telah wafat. [HR Muslim, Abu Daud]
Selain berpuasa pada hari Asyura ada amalan
yang sunat dilakukan yang disebut di dalam beberapa buah kitab diantaranya, kitab " I'anatut Thalibin " yang dikarang oleh Sayyid Al
Bakri Syatha. Amalan-amalan yang sunat dilakukan pada hari Asyura :
- Banyakkan solat sunat disamping solat fardhu
- Berpuasa pada hari ke 9 dan ke 10.
- Menghubungkan silaturrahim.
- Banyakkan bersedekah.
- Bersihkan diri dari segala kekotoran.
- Bercelak mata.
- Menziarahi ulama'.
- Menziarahi orang sakit.
- Mengusap kepala anak yatim.
- Memotong kuku.
- Membaca surah Al Ikhlas
Apabila tiba Hari Asyura, masyarakat orang
Melayu akan memasak sejenis makanan yang disebut Bubur Asyura. Adapun
amalan ini adalah berasal daripada apa yang dilakukan oleh Nabi Nuh seperti
yang disebut didalam kitab "Nihayatuz Zain" karangan Syeikh
Nawawi Al Banteni dan di dalam kitab "Nuzhatul Majalis"
karangan Syeikh Abdur Rahman Al Ushfuri serta di dalam kitab "Jam'ul
Fawaid" karangan Syeikh Daud Al Fathoni. Yang antara lainnya
menceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh A.S berlabuh di bukit Juudi pada Hari
Asyura', maka berkatalah ia pada umatnya :
"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih". Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang baqila' iaitu kacang ful, satu genggam kacang adas, ba'ruz, hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh A.S : "Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang.”
Semoga kita dapat merebut
peluang mengamalkan apa yang sunat dilakukan pada bulan yang penuh dengan
keberkatan dan kemuliaan ini. Dengan kehadiran tahun baru 1434 Hijrah, dapat
kita memperbaharui niat dan azam supaya kehidupan kita pada tahun ini lebih baik
dan lebih bermakna dari tahun yang sebelumnya.
Disediakan oleh :
Unit Dakwah Dan Tarbiah BKPJM 2012/2013
Unit Dakwah Dan Tarbiah BKPJM 2012/2013