Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Mengasihani
Firman
Allah SWT, “Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan” (Al-Baqarah:195).
Nabi SAW
juga bersabda “Janganlah melakukan perkara yang memudharatkan diri kamu dan
diri orang lain.” (riwayat Ibnu Majah).
Baru-baru
ini kita semua dikejutkan dengan kes-kes yang berlaku di kalangan mahasiswi
Malaysia baik pelajar pengajian Islam mahupun pelajar perubatan yang menerima
gangguan seksual dari masyarakat arab di Mesir ini. Perkara ini bukanlah satu
perkara yang asing kerana seringkali berlaku di kalangan mahasiswa dan
mahasiswi. ‘’Malang tidak berbau” kata-kata yang kebiasaan kita dengar tetapi
tidak dititikberatkan oleh golongan tertentu.
Ayat
al-Quran dan hadis di atas menunjukkan kewajipan menjaga diri dari sebarang
bahaya yang boleh memudharatkan diri sendiri mahupun orang lain. Perlu diberi lebih
penekanan akan keselamatan mahasiswi kerana kes yang berlaku di kalangan
mahasiswi lebih banyak berbanding mahasiswa. Memandangkan fitnah yang berlaku
pada diri wanita bertepatan dengan hadis Nabi SAW:
“Sesungguhnya
diri perempuan itu adalah aurat (boleh membawa kepada fitnah). Apabila
perempuan itu keluar maka syaitan akan mengawasi dan menghiasi dirinya (sehingga
lelaki tertawan dan membuat maksiat)”
( Riwayat
Tarmizi)
Dalam Al-Quran ada dijelaskan
tentang adanya kejahatan-kejahatan yang banyak pada waktu malam. Allah
S.W.T berfirman :
“Dan Aku berlindung dari kejahatan
malam apabila ia berlabuh”surah Al-Falaq.Dalam satu hadis Nabi SAW
bersabda “Kalaulah manusia tahu tentang keburukan berjalan seorang diri,
nescaya aku tidak akan dapat mengetahui adanya orang yang sanggup berjalan
seorang diri pada waktu malam”.
Ini menunjukkan bahawa waktu malam
adalah sangat berbahaya terutama kepada perempuan yang dijadikan Allah SWT kurang
dari segi kekuatan fizikal berbanding lelaki. Kurangnya kekuatan fizikal
memerlukan bantuan lelaki untuk melindungi dan membantu mereka.
Dalam surah Al-Qasas ayat 23 dan 24
ada disebut kisah dua orang anak perempuan Nabi Syuib yang berusaha untuk mengambil
air namun tidak berjaya kerana ramainya orang.Lalu datanglah Nabi Musa A.S
membantu mereka. Dalil ini menunjukkan bahawa bilangan perempuan
yang ramai juga memerlukan bantuan lelaki dalam keadaan-keadaan tertentu.
Dengan
itu, Unit Kebajikan dan Tabung Derma BKPJM menyediakan sistem musyrif kepada
mahasiswi pada waktu malam. Dengan adanya musyrif sedikit sebanyak dapat
membantu dan melindungi mahasiswi dari sebarang gangguan. Justeru, mahasiswi
yang keluar malam tanpa musyrif mendedahkan diri sendiri kepada bahaya dan
seterusnya akan membawa kepada kemudharatan diri sendiri.
Disediakan oleh :
Unit Kebajikan dan Tabung Derma BKPJM 2012/2013
Unit Kebajikan dan Tabung Derma BKPJM 2012/2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan