MUHASABAH
SESAAT :
NILAI DI
ATAS MERUPAKAN JUMLAH WANG YANG TELAH AYAH PERUNTUKKAN UNTUKMU SETIAP TAHUN.
AYAH TIDAK MENAFIKAN TANGGUNGAN AYAH UNTUK KAMU LEBIH BANYAK BERBANDING ADIK
BERADIK KAMU YANG LAIN. BUKAN KERANA AYAH PILIH KASIH, TAPI KERANA AYAH
CINTAKAN ISLAM, DAN KAMULAH CINTA AYAH ITU.
PADA SUATU
HARI, IBU MENYATAKAN HASRAT UNTUK MENZIARAHI KAMU DI MESIR, UNIVERSITI AL-AZHAR
KEBANGGAAN ISLAM. IBU TERLALU RINDUKAN ANAKNYA. KERANA SAYANG, IBU SANGGUP
MENGIKAT PERUT SEPANJANG TAHUN DAN MERAHSIAKAN KEBERANGKATANNYA KE BUMI
ANBIYA'.
IBU PULANG KE MALAYSIA DENGAN CERMIN MATA HITAM.
AYAH SANGKA
IBU MAHU BERGAYA MENGIKUT ARUS SEMASA. NAMUN, AYAH DIAM MEMBISU. MATA IBU
SEAKAN BERBICARA.
IBU MULA BERCERITA, IBU KATA :
1. Anak ibu solatnya
culas, akhir waktu, doa untuk ibu dan ayah pendek sejengkal, hidup segan mati
tak mahu.
2. Anak ibu sedekah
segenihnya untuk 'Doritos' lebih kerap berbanding kepada yang memerlukan.
3. Anak ibu
jarang-jarang ke kuliah, sebabnya rapuh, ibu risau kau jatuh.
4. Anak ibu suka
mengulangkaji komik dan manga. One Piece dan Naruto menandingi Sahih Bukhari,
anak ibu...
5. Anak ibu suka
hadir Talaqqi dengan syeikh, tapi hakikatnya anak ibu tidur sepanjang
pengajian.
6. Anak ibu ada
Facebook dan Twitter, Jangan Kau Dekati Zina, katanya. Tapi tatkala
keseorangan, anak ibu mesra dan manja bermesej dengan ajnabi yang bukan hak.
7. Anak ibu suka
online dan melihat kecantikan Dajjal laknatullah, mengagumi pembedahan plastik,
menonton maksiat. sayang ibu, Jong Kook Oppa akan tua ditelan zaman, Minho Oppa
akan cacat ditenung Malaikat.
8. Anak ibu suka call
yang bukan hak, rather than call ibu dan ayah kandung yang saban hari merindukan
anaknya. "Jangan risau, ibu sakit sikit je, anak ibu sihat?"
9. Anak ibu selalu shopping
mengikut kehendak, bukan keperluan. Pantang nampak cantik, grab. Pakai
sekali, bas. "Takpe, nanti ayah akan usahakan duit saku lebih untuk
bulan ni."
1. Anak ibu pergi
kuliah, ibu nampak anak ibu duduk di belakang. Datangnya lewat, Adabnya kurang.
ibu tengok, anak ibu macam tak faham ammi, ibu apatah lagi. Fokusnya
pada whats app dan angry bird. Sambil menyelam minum air, hebat
anak ibu. Selesai kuliah, terus pulang ke rumah. "Sayang ibu, kenapa anak
ibu tak stay back after class, make a discussion?"
11. Anak ibu jarang
baca al-Quran. Madah al-Quran tahfiz satu juzu’ sahaja satu tahun, bukan
banyak. Ibu risau…
12. Anak ibu berjaga
malam, ibu ingat anak ibu nak qiamullail, rupanya anak ibu habiskan PES
sampai final. Malam minggu sibuk berhalaqah dengan kawan di rumah sewa, study
skill untuk menang dalam 'CS' dan 'GTA' katanya. Musykil ibu, pelajaran
apakah itu? Counter Strike dan Grand Thief Auto silibus
Azhari ke? Halaqah GTA, Halaqah CS. Duit bayar bil elektrik melambung nak...
13. Anak ibu rajin
tadah air, katanya untuk simpanan waktu ketiadaan air, tapi anak ibu tak rajin
tutup pili air, biar air melimpah ruah, "Nanti ayah bayarkan katanya."
14. Anak ibu suka selesa, ke mana-mana sentiasa dengan
teksi, bukankah tremco lebih jimat?
15.
Anak ibu suka pasang earphone, ibu
harap anak ibu dengar something pure and divine, Baqarah misalnya, tapi
anak ibu dengar something hard and wasted, lagu yang liriknya
menongkah arus acuan Rasulullah S.A.W.
SAHABATKU, SETANDINGKAH
L.E 25,000 PENGORBANAN AYAH DENGAN USAHA KITA DI BUMI MUSA DAN HARUN INI?
DITAMBAH TANGGUNGJAWAB AYAH DAN IBU PADA ADIK-ADIK YANG LAIN, TERGAMAKKAH KITA
MENSIA-SIAKAN CITA DAN CINTA AYAH SERTA IBU?
JEJAK
SIAPAKAH YANG SEDANG KAU TURUTI SEKARANG INI? PEMILIK TONGKAT ATAU PEMILIK
PIRAMID?
SAHABATKU,
AKU SAYANG KAMU... CERITA ITU TENTANG
TEMANKU. AKU BERDOA TIADA SEORANG PUN DARI KALANGAN KITA SEUMPAMA ITU.
AKU TAK NAK
AYAH DAN IBU KALIAN MENANGIS KERANA SIKAP KITA,
ALPA DAN SAMBIL LEWA
BANGKITKAN
KEMBALI SELF-ESTEEM YANG DAHULUNYA HEBAT DAN MEGAH ITU
BINA AZAM
BARU – BINA IMPIAN BARU – BINA CITA-CITA BARU
BACK – TO –
CAMPUS
FIGHTING!
BERJUANG HINGGA
KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan