Sabtu, 16 Februari 2013

PUNCA HATI MENJADI KERAS



Di Antara amalan yang sangat dianjurkan menurut pertimbangan agama ialah amalan batiniah yang dilakukan oleh hati manusia. Hati merupakan hakikat manusia, sekaligus menjadi proses kebaikan dan kerosakannya. 
 
Apabila hati seseorang itu sudah menjadi keras, maka ia susah hendak memahami dan mengamalkan tuntutan agama, malahan mereka tidak akan menerima kebenaran walaupun mereka mengetahui hakikat kebenaran. Sebagai contoh ramai orang tidak solat walaupun mereka mengetahui kewajipan solat.  Betapa ramai remaja yang mendedahkan aurat mereka di khalayak ramai sedangkan mereka mengetahui kewajipan menutup aurat. Antara sebab kerasnya hati seseorang itu ialah:

* Tertipu dengan keseronokan dan tipu daya dunia yang hanya sementara.

 Orang yang kurang cerdik akan menjadikan dunia sebagai matlamat kehidupan mereka. Sedangkan dalam Islam, matlamat kehidupan seseorang individu itu ialah akhirat yakni untuk mencari keredhaan Allah s.w.t semata-mata.

* Silap memilih kawan sehingga mereka berkawan dengan orang-orang fasik
. Seseorang itu akan berada pada agama kawannya. Sekiranya ia berkawan dengan penjual minyak wangi maka sekurang-kurangnya ia juga akan berbau wangi, begitu juga sekiranya ia berkawan dengan tukang besi sekurang-kurangnya ia akan terkena percikan bunga api.

* Berterusan melakukan maksiat atau dosa tanpa ada usaha untuk bertaubat.
 Setiap kali seseorang itu melakukan satu dosa maka Allah akan titikkan dengan satu titik hitam pada hatinya. Sekiranya ia bertaubat maka titik hitam itu akan ditarik balik, tetapi sekiranya ia tidak bertaubat maka pada akhirnya seluruh hatinya akan dilitupi oleh kegelapan & tidak nampak kebenaran atau hidayah yang diturunkan oleh Allah SWT.

*Dalam Shahih Bukhari & Muslim disebutkan Nabi SAW bersabda,
Ketahuilah sesungguhnya dalam tubuh manusia ada segumpal darah, apabila dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila dia rosak maka rosaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahawa segumpal darah itu ialah hati.”

Disediakan oleh :
Unit Research & Development (R&D),
Unit Pengetahuan & Bimbingan,
Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) 2012/2013.

Rabu, 23 Januari 2013

AQIDAH WASATIYYAH MEMACU UMAT ISLAM KE ARAH UMMAH MITHALI


            
Satu riwayat yang sahih daripada Imam Bukhari RA telah mendatangkan kisah tiga orang sahabat Baginda iaitu Ali Bin Abi Talib, Abdullah bin ‘Amru dan Uthman Bin Mazh’un R.Ahum, menemui para isteri Nabi Muhammad SAW untuk menanyakan bagaimana corak ibadah Baginda di rumah. Setelah mengetahui bagaimana amalan dan istiqomahnya, Baginda mengerjakan amalan itu, mereka lantas merasakan bahawa darjat mereka jauh terlalu  rendah  jika  dibandingkan  dengan  Baginda  Rasulullah SAW dan betapa amalan yang mereka kerjakan sebelum ini masih  tidak mencukupi. Maka masing-masing telah memaksakan diri untuk melakukan ibadah yang ketat dan    penuh displin. Seorang daripada mereka berazam akan bersolat sepanjang malam. Ada pula yang bertekad untuk berpuasa tanpa     berbuka dan ada pula yang membulatkan hati agar tidak   berkahwin. Apabila hal ini diketahui oleh Baginda Nabi SAW, lantas Baginda bersabda yang bermaksud, “ Kaliankah yang telah berkata (bertekad) dengan itu dan ini? Demi Allah!Ketahuilah bahawa sesungguhnya aku adalah orang paling takut dan bertaqwa kepada Allah daripada kalangan kamu. Walaupun begitu,  aku  berpuasa  dan berbuka, aku bersolat dan aku juga tidur dan aku juga berkahwin dengan golongan wanita. Maka siapa yang tidak suak akan sunnahku, dia bukan daripada kalanganku..”
            
Kisah ini member panduan dan peringatan kepada kita bahawa Islam merupakan agama yang menitikberatkan kesederhanaan dalam setiap bentuk ibadah dan tidak pula membebankan umatnya.

TAKRIFAN WASATHIYAH

      Wasathiyah dari sudut istilah mempunyai pelbagai maksud dan wasathiyah dapat disimpulkan sebagai al-i’tidal (kesederhanaan), al-khairiyyah (kebaikan), al-insaf (keadilan) dan ar-rif’ah(ketinggian) dengan sifat-sifat mahmudah yang tidak terlalu berlebihan dan tidak terlalu longgar.
Justeru, wasathiyyah bukanlah bermaksud seseorang itu berada pada tingkatan sederhana dalam ibadah, amalan atau akhlaknya, atau sederhana dalam ilmu mahupu  pekerjaan sehingga menjadi individu yang biasa-biasa atau tidak cemerlang dan tidak terkehadapan, bahkan makna wasathiyyah adalah yang terbaik, paling utama, paling sempurna dan paling adil sesuai dengan ungkapan“ Sebaik-baik perkara ialah pertengahannya ” , bererti yang paling adil.

 Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 143 :
Maksudnya : ‘ Dan demikian Kami jadikan kamu (wahai Umat Muhammad) satu umat pilihan dan adil, supaya kamu menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (atas          perbuatan mereka) dan Rasul (Nabi Muhammad) pula akan menjadi saksi  atas perbuatan kamu ’

KONSEP WASATHIYYAH DALAM AQIDAH

Wasathiyyah dalam beraqidah dapat diertikan dengan suatu manifestasi kesederhanaan dalam keadilan, istiqomah, kebaikan, keamanan, kekuatan dan kesatuan dalam prinsip-prinsip keimanan.
Seterusnya, bagi mencapai hakikat wasathiyyah dalam aqidah, setiap dari umat Islam perlu berpegang kepada langkah-langkah berikut :


1.Berpegang teguh dengan manhaj Al-Quran dan As-Sunnah serta Salafussoleh.

2 Menjauhkan diri daripada perdebatan dan perselisihan dalam perkara-perkara dasar (usuliyyah). Berkata sebahagian ulama’ “ Jauhilah perdebatan (pertengkaran) kerana ia dapat menghakis agama ”

3, Sentiasa memerhati impak juga kesan Aqidah Islamiyyah di dalam diri dengan menilai tahap ketinggian imannya melalui perbuatan, ucapan atau perilaku yang terhasil dari batin  (tempat iman). Sekiranya ia menunjuk kepada ijabi (positif ) maka bersyukur adalah yang selayaknya, adapun jika ia menunjukkan kepada salbi ( negatif ) maka kepada Allah harus   diletakkan segala pergantungan

4.Berpegang dengan dua dalil iaitu dalil Naqli dan dalil ‘Aqli. Kedua-dua dalil ini haruslah bertemu pada kesepakatan dan tidak berlaku pertentangan yang menghilangkan atau mengurangkan nilai dalil-dalil itu. Dalil ‘aqli itu  juga disifatkan  sebagai penerang manakala dalil naqli hadir memberi dan meletakkan hukum.

5.Menguatkan hubungan antara manusia dan al-Kholiq (Allah SWT) sehingga mencapai Ma’rifahtullah Haqiqiyyah ( mengenal Allah sebenar-benar kenal ).

6.Saling menyempurnakan aqidah. Maka, wajib bagi umat Islam untuk tidak menjadikan   akidah itu berbahagian (terpisah-pisah) atau tidak sempurna. Firman Allah SWT dalam Surah     Al-Hijr ayat 90  yang membawa maksud “ Sebagaimana telah Kami beri peringatan dan menurunkan ‘azab kepada orang-orang yang membahagi-bahagi kitab Allah ( menerima sebahagian isi dan menolak sebahagian yang lain )”.

7. Menjauhkan diri dari perbuatan mengkafirkan sesama muslim. Malah, Islam adalah agama yang meraikan kasih sayang dan sikap toleransi dalam perbezaan pendapat. 

AQIDAH WASATHIYYAH BERSESUAIAN DENGAN FITRAH MANUSIA.

         Aqidah Islam merupakan aqidah fitrah. Ia merupakan aqidah yang jelas, benar, adil, istiqomah( berusaha ) juga kederhanaan. Ia jauh daripada sebarang keraguan, kekurangan dan bebas daripada sebarang teori atau kefahaman fantasi seperti Konsep Tajsim, Hulul dan  sebagainya.

Secara teori dan praktikal, Islam terbukti sebagai sebuah agama yang sempurna dan mempunyai ketepatan panduan yang menyentuh segala aspek kehidupan manusia secara lahiriah atau batiniah (penjagaan hati dan jiwa).Adapun agama Yahudi dan Nasrani, maka ia jelas menunjukkan dasar aqidah mereka mengalami pertentangan yang hebat antara Kitab muqaddasah ( kitab suci ) dan cara hidup mereka.
          
         Justeru, hanya keimanan kepada Allah SWT dan Rasul-Nya bersesuaian dengan fitrah manusia, dan keimanan yang terbaik bagi umat Islam adalah Iman Wasathiyyah. 

Wallahua'lam.

Disediakan oleh,
Unit Tafaquh & Thaqafah,
Unit Pengetahuan dan Bimbingan BKJPM 2012/2013.

Ahad, 20 Januari 2013

10 RAHSIA SUSU





Dewasa ini ,ramai yang mengabaikan kepentingan susu yang mengandungi banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Sabda nabi Muhammad saw:

العقل السليم في جسم السليم

Tubuh badan yang sihat dapat menjana akal yang sihat.Ini juga bersesuaian bagi kita sebagai penuntut ilmu di bumi Kinanah ini.

Terdapat  10 rahsia di dalam  susu yang dapat membantu tubuh badan menjadi sentiasa cergas dan sihat.  Sehubungan itu, tubuh yang sihat, membantu  dalam melicinkan gerak kerja Islam dengan lancar. Antara rahsia dan kelebihan susu adalah :

1.  Mengelakkan osteoporosis (kerapuhan tulang), hipertensi (tekanan darah tinggi) dan kanserkolon (kanser usus pencernaan). 

2. Boleh melindungi dari kerosakan gigi dan masalah kaviti.

3.  Lemak susu tidak memberi apa-apa kesan kepada kegemukan sebaliknya dapat menjadikan badan lebih langsing daripada mereka yang tidak mengambilnya

4. Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Minum segelas susu apabila mengalami pedih ulu hati boleh menenangkan paip makanan dari keradangan. Minum susu yang tetap akan dapat mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain.

5. Pengamalan meminum susu dapat menghasilkan kekuatan pada tulang, gigi, kuku, rambut kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel.

6. Susu boleh menjadi pembuka yang baik untuk perut terutama jika lewat makan. Meminum susu juga boleh bertindak sebagai peransang awal sebelum makan.

7. Meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot-otot tegang supaya dapat tidur dengan cepat.

8. Minum susu boleh menyejukkan badan dan mengekalkan tahap air atau cecair dalam badan kita.


9. Susu penuh dengan nutrien. Badan kita memerlukan nutrien untuk beroperasi dengan betul. Ia mengandungi vitamin (untuk sel darah merah), kalsium (untuk tulang yang kuat), karbohidrat (tenaga), magnesium (untuk kelentur otot), fosforus (untuk mengambil kesempatan tenaga), kalium (baik untuk sistem saraf), protein (untuk proses penyembuhan dan pertumbuhan), riboflavin (untuk kulit sihat dan berseri), zink (untuk meningkatkan system imunisasi).

10. Susu juga mampu mengurangkan gejala *PMS (Pre-Menstrual Syndrome)  dengan cepat kerana ia merupakan pelega atau penenang tekanan yang hebat dan juga meningkatkan tahap tenaga dalam badan kita.

*PMS (Pre-Menstrual Syndrome) : PMS bukan senggugut. PMS ialah tanda-tanda yang dirasai oleh wanita sebelum kitaran tiba. Senggugut pula ialah permasalahan yang dihadapi ketika sedang menghadapi menstruasi terutama pada 3 hari pertama.

 Disediakan oleh :
 Unit Kebajikan Dan Tabung Derma
 Badan Kebajikan Pelajar - pelajar Johor Di Mesir 2012/2013.

Selasa, 25 Disember 2012

SELAMAT MENGHADAPI IMTIHAN




Assalamualaikum wbt.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Di antara nikmat Allah yang kita rasai dan nikmati, ada satu nikmat yang melandasi datangnya nikmat-nikmat yang lain iaitu ilmu. Kerana dengan ilmu, seseorang akan dapat mengetahui dan memahami berbagai hal. Kerana ilmu juga, seseorang akan mendapat kedudukan yang lebih tinggi di sisi Allah dan juga di kalangan manusia. Terutama jika ia disertai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Taala. Ilmu juga merupakan makanan pokok bagi jiwa, yang kerananya jiwa akan menjadi hidup dan jasad memiliki adab.

Sempena imtihan yang bakal berlangsung tidak lama lagi, ana Mohd Helmi bin Nor Isham selaku Ketua Unit Pengetahuan & Bimbingan, Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) 2012/2013 mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menghadapi imtihan buat seluruh anak Johor yang berada di bumi Mesir ini. Jadikanlah imtihan ini sebagai satu wasilah kita dalam mencapai kejayaan dalam kehidupan. Semoga dengan kejayaan ini akan membantu kita dalam menyampaikan dakwah Islam di arena dan lapangan yang lebih luas.




Renung kembali kalam Saidina Ali, "Ilmu itu ada dua iaitu ilmu yang ditulis dan ilmu yang didengari. Ilmu yang didengari tidak memberikan apa-apa manfaat tanpa adanya ilmu yang ditulis’’. 

Oleh itu, marilah kita semua meningkatkan kesungguhan dan prestasi diri dalam menggapai serta melakar kecemerlangan dalam imtihan ini, InsyaAllah. Untuk akhirnya, semoga kejayaan itu milik kita bersama.

"BKPJM KELUARGA KITA"

Disediakan oleh,
Mohd Helmi bin Nor Isham
(Ketua Unit Pengetahuan dan Bimbingan BKPJM 2012/2013)

Khamis, 20 Disember 2012

LUKISAN MASA HARIAN



            Masa adalah anugerah Allah yang sangat bernilai dalam kehidupan seharian manusia. Ada  golongan  manusia  yang  bijak  melakar  keindahan masa  bak  sang  mentari   pagi. Sebaliknya ada mereka yang sering lalai  dengan   kehidupan   sementara   di muka  bumi Allah. Qudwah hasanah Habibuna Rasulullah SAW sangat menekankan umatnya  supaya merebut  peluang  masa  sebelum kesibukan menjelma. Bagaimana  dengan kita pada hari ini dalam membina mindset  yang betul dan perancangan yang terancang?

ATTENTION!!  FAILING TO PLAN IS PLANNING TO FAIL.

            “We are all familiar with this speech” kata-kata yang terbit dari  benak  fikiran seorang insan. Tetapi,  berapa   ramai    dikalangan  kita    yang   telah   mengaplikasikannya   di dalam   kehidupan seharian ?   Please  answer  me   honestly.  If  the  answer is  “YES”  you’ve  got  a  potential to be a successful person in your life, BUT if it is “NO”, then you’ve got to change your mentality. Saidina Ali KW menyebut satu ungkapan yang sangat bermakna dalam soal  kepentingan  merancang.  Beliau berkata “Kebenaran tanpa perancangan akan ditewaskan oleh kebatilan yang berperancangan”.


Ya, memang benar ia berkaitan dengan kebenaran dan  kebatilan,  tetapi kita perlu ingat, tidak kira sehebat dan sebijak manapun kita, seunggul manapun idea yang dilontarkan, apabila ianya tiada perancangan maka ia akan jadi sia-sia. Kita akan gagal dan kecundang di dalam  peperiksaan   dek  kerana  tiada  perancangan  masa  yang  betul ketika ulangkaji, perniagaan  akan  musnah  kerana strategic planning of business  tidak  dirancang  secara  rapi,  tentera  akan   berhadapan  dengan kekalahan dan kematian kerana perancangan yang tidak telus.
      
       You all can fail and be defeated by  your  own  choice.  Mengapa?  Bagaimana?   Ini   kerana kegagalan tidak perlu dirancang. Apabila peperiksaan  diambang waktunya dan anda masih berdiam diri tanpa sebarang  perancangan,  maka  sedarlah  ketika  itu  anda  sedang  ‘tekun’  untuk  gagal.  Sedangkan  kita   semua   tahu  akan   potensi  dan  kelebihan diri kita  untuk cemerlang   di dalam  peperiksaan  yang  akan   datang.  Oleh  kerana   sifat mazmumah  yang   masih  bersarang  jauh   di lubuk   hati   kita,  kita   gagal  merancang kejayaan yang Allah janjikan pada mereka yang berusaha dan tawakkal.
          
        Jadi, sudah tentu apabila potensi hebat yang tidak  terancang  akan ditewaskan oleh kegagalan yang terancang. So guys, let’s plan our future now! The power is in your hands.



Disediakan oleh :
Unit Panitia Kecemerlangan Akademik (PAKAR), 

Unit Pengetahuan dan Bimbingan BKPJM sesi 2012/2013