Masa adalah anugerah Allah yang
sangat bernilai dalam kehidupan seharian manusia. Ada golongan
manusia yang bijak
melakar keindahan masa bak
sang mentari pagi. Sebaliknya ada mereka yang sering
lalai dengan kehidupan
sementara di muka bumi Allah. Qudwah hasanah Habibuna
Rasulullah SAW sangat menekankan umatnya
supaya merebut peluang masa
sebelum kesibukan menjelma. Bagaimana
dengan kita pada hari ini dalam membina mindset yang betul dan perancangan yang terancang?
ATTENTION!! FAILING TO PLAN IS PLANNING TO FAIL.
“We are all familiar with this
speech” kata-kata yang terbit dari
benak fikiran seorang insan.
Tetapi, berapa ramai
dikalangan kita yang
telah mengaplikasikannya di dalam
kehidupan seharian ? Please answer
me honestly. If the answer is
“YES” you’ve got a potential to be a successful person in your
life, BUT if it is “NO”, then you’ve got to change your mentality. Saidina
Ali KW menyebut satu ungkapan yang sangat bermakna dalam soal kepentingan
merancang. Beliau berkata
“Kebenaran tanpa perancangan akan ditewaskan oleh kebatilan yang
berperancangan”.
Ya,
memang benar ia berkaitan dengan kebenaran dan
kebatilan, tetapi kita perlu
ingat, tidak kira sehebat dan sebijak manapun kita, seunggul manapun idea yang
dilontarkan, apabila ianya tiada perancangan maka ia akan jadi sia-sia. Kita
akan gagal dan kecundang di dalam
peperiksaan dek kerana
tiada perancangan masa
yang betul ketika ulangkaji,
perniagaan akan musnah
kerana strategic planning of business
tidak dirancang secara
rapi, tentera akan
berhadapan dengan kekalahan dan
kematian kerana perancangan yang tidak telus.
You all can fail and be defeated by your
own choice. Mengapa?
Bagaimana? Ini kerana kegagalan tidak perlu dirancang.
Apabila peperiksaan diambang waktunya
dan anda masih berdiam diri tanpa sebarang
perancangan, maka sedarlah
ketika itu anda
sedang ‘tekun’ untuk
gagal. Sedangkan kita
semua tahu akan
potensi dan kelebihan diri kita untuk cemerlang di dalam
peperiksaan yang akan
datang. Oleh kerana
sifat mazmumah yang masih
bersarang jauh di lubuk
hati kita, kita
gagal merancang kejayaan yang
Allah janjikan pada mereka yang berusaha dan tawakkal.
Jadi,
sudah tentu apabila potensi hebat yang tidak
terancang akan ditewaskan oleh
kegagalan yang terancang. So guys, let’s plan our future now! The power is
in your hands.
Disediakan oleh :
Unit Panitia Kecemerlangan Akademik (PAKAR),
Unit Pengetahuan dan Bimbingan BKPJM sesi 2012/2013
Unit Panitia Kecemerlangan Akademik (PAKAR),
Unit Pengetahuan dan Bimbingan BKPJM sesi 2012/2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan